Kelebihan Buah Pisang Jom baca tentang khasiat pisang. Pisang adalah antara buah-buahan yang paling popular di dunia. Walaupun asalnya dari Asia Tenggara, namun ia kini ditanam di banyak kawasan yang lebih hangat di dunia. Terdapat banyak jenis pisang yang berbeza warna, saiz dan bentuknya. Antaranya pisang emas, pisang tanduk dan pisang embun. Pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, tetapi juga ia boleh dipelbagaikan penyediaannya. Contoh, pisang goreng, kerepek pisang dan kek pisang. Tahukah anda, pisang merupakan salah satu buah yang disubut dalam al-Quran. Malah, ia menjadi buah yang terdapat di dalam syurga. Namun begitu, sudah pastilah buah pisang disyurga itu lebih sempurna dan tidak tergambar kejadiannya untuk dibandingkan dengan buah pisang yang ada di dunia. “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang t
Comments
Post a Comment