Maanfat Buah Tembikai

Antara manfaat buah tembikai yang perlu kita ketahui..


Tahukah anda, buah tembikai  adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C dan juga serat yang diperlukan tubuh badan.

Di tengah panas hari terik, pasti lega rasanya tekak kalau dapat minum jus tembikai yang manis dan sejuk. Rasa tembikai yang sedap, manis dan penuh air dapat membantu menghilangkan dahaga.
Walaupun tembikai nampak seperti hanya terdiri daripada gula dan air, tahukah anda sebenarnya tembikai sangat kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi?
Tambah menarik, buah ini mempunyai nilai kalori yang sangat rendah. Jadi, tak perlu risau berat badan akan naik walaupun rasanya manis seperti makanan tinggi gula.

Fakta Nutrisi Tembikai

1 cawan buah tembikai yang telah dipotong seberat 152 gram mengandungi dan membekalkan:
  • 43 kalori
  • 0 gram lemak
  • 2 miligram garam
  • 11 gram karbohidrat
  • 1 gram serat
  • 17% vitamin A yang diperlukan setiap hari
  • 21% vitamin C yang diperlukan setiap hari
  • 2% zat besi yang perlu setiap hari &
  • 1% kalsium yang diperlukan badan setiap hari
Banyak kan vitamin dan mineral yang ada dalam tembikai? Malah ia juga kaya dengan mikronutrisi yang lain seperti vitamin b-6, potasium, magnesium dan pelbagai lagi.

Jenis-Jenis Tembikai

Tembikai atau nama saintifiknya Citrullu lanatus berasal dari spesies Cucurbitaceae yang dikatakan asalnya datang dari Afrika.
Terdapat 5 jenis tembikai yang berada di pasaran Malaysia, iaitu
  1. Tembikai berbiji
  2. Tembikai tanpa biji
  3. Tembikai susu
  4. Tembikai merah
  5. Tembikai kuning
Fakta Menarik Tentang Tembikai Yang Anda Perlu Tahu
  • Menurut pakar, Tembikai dikatakan antara buah yang wujud seawal ribuan tahun dahulu dan dipercayai wujud ketika zaman Mesir Kuno
  • 90% kandungan tembikai ialah air. Disebabkan itu ia sangat sesuai untuk dijadikan penghilang dahaga
  • China ialah negara pengeluar tembikai terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 75 000 000 biji tembikai setahun

7 Khasiat Dan Kelebihan Tembikai Yang Tak Ramai Tahu

1. Membantu Menyihatkan Jantung
Tembikai mempunyai satu nutrisi yang dipanggil lycopene. Lycopene ini membantu melindungi sel badan dari rosak dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ianya terbukti dengan kajian yang dilakukan Universiti Purdue. Selain itu, satu lagi kajian yang diterbitkan pihak Jurnal Hipertensi Amerika juga menunjukkan tembikai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi orang dewasa yang obesiti.
2. Sifat Anti-Radang
Lycopene juga mempunyai sifat anti-radang dan mampu bertindak sebagai anti-oksida untuk meneutralisasikan radikal bebas dalam badan.
Sifat anti-radang ini sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut, arthritis atau penyakit-penyakit yang berpunca dari stres, merokok dan juga pencemaran.
3. Membantu Membekalkan Air Kepada Badan
Kandungan tembikai yang penuh dengan air dapat membantu badan dari kehilangan air. Selain itu juga, air tembikai juga adalah konduktor yang baik dan ini sangat bagus untuk menghalang dari berlakunya strok haba.
Jadi, kalau cuaca panas terik, teruslah mencari buah tembikai untuk dimakan ya.
4. Memberikan Kebaikan Pada Kulit Dan Rambut
Vitamin A sangat penting untuk kulit anda dan tembikai mampu membekalkan nutrisi ini kepada badan anda. Vitamin A juga membantu melembapkan kulit dan rambut sekaligus menggalakan pertumbuhan sel kolagen dan elastik yang baru setiap hari.
5. Menghilangkan Sengal Dan Lenguh Pada Otot
Minum satu cawan jus tembikai sebelum melakukan aktiviti sukan atau lasak mampu mengurangkan lenguh dan sengal otot selepas aktiviti tersebut. Fakta ini dibuktikan dengan satu kajian yang diterbitkan Jurnal Agrikultur dan Sains Makanan pada tahun 2013.
Selain itu, satu lagi kajian telah dibuat dan menunjukkan tembikai dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan yang mengamalkan tembikai sebelum menjalankan sukan tersebut.
6. Menghalang Kanser
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, tembikai dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser melalui sifat anti-oksida yang ada. Lycopene secara amnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengurangan kanser prostat menurut Institut Kanser Kebangsaan Amerika.
7. Membantu Buah Pinggang
Setiap hari, anda terdedah dengan pelbagai jenis toksin. Sebahagiannya datang melalui pemakanan dan udara persekitaran anda. Jadi, tugas buah pinggan sangat penting bagi mengeluarkan toksin-toksin tersebut dari badan anda.
2 nutrisi penting yang ada di dalam tembikai, iaitu potasium dan kalsium dapat membantu buah pinggang dalam proses mengeluarkan toksin dari badan. Jadi, amalkan makan tembikai setiap pagi untuk kesihatan yang lebih baik.

Tips Memilih Dan Membeli Tembikai Yang Terbaik

Seperti durian, tembikai juga ada cara bagaimana untuk dipilih supaya anda dapat tembikai yang kualitinya terbaik dan rasanya sedap dan manis.
Kini anda tak perlu lagi risau, kami kongsikan kepada anda tips memilih tembikai yang terbaik.
1. Kenali Jantina Tembikai
Ehh..Tembikai pun ada jantan betina? Ya. Tembikai juga ada jantina.Tembikai yang lonjong seperti bola ragbi mengandungi banyak air manakala tembikai berbentuk bulat seperti bola lebih manis rasanya.
2. Kenalpasti Kawasan Kuning Tembikai
Kawasan berwarna kuning yang terdapat pada kulit tembikai. Tembikai yang sudah masak mempunyai warna seakan-akan kuning-oren dan bukannya putih
3. Lihat Rekahan Pada Kulit Tembikai
Lagi banyak rekahan seperti sarang labah-labah yang ada pada tembikai menunjukkan lebah menyentuh tembikai untuk didebungakan. Lagi banyak debunga, lebih manis tembikai.
4. Ukur Saiz Buah Tembikai
Untuk yang terbaik, pilih tembikai yang saiznya sederhana. Bukan yang terkecil mahupun yang terbesar.
5. Periksa ‘Ekor’ Tembikai
Ekor tembikai yang kering menunjukkan tembikai tersebut telah pun masak. Sekiranya ekor tersebut masih lagi hijau, kemungkinan buah tersebut telah dipetik terlalu awal.

Cara Simpan Buah Tembikai Untuk Bertahan Lama

Buah tembikai juga seperti buah-buahan lain. Ia mempunyai tarikh luput tertentu apabila disimpan terlalu lama.
  • Biasanya tembikai boleh bertahan sehingga 3-4 minggu selepas dipetik dari kebun.
Untuk membolehkan tembikai dapat bertahan lebih lama anda hanya perlu meletakkannya di atas meja dan biarkan begitu sahaja.
  • Sekiranya tembikai telah dipotong separuh, balut tembikai dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais.
  • Manakala, jika dipotong kecil-kecil. Masukkan dalam peti ais untuk membolehkan ia bertahan sehingga 3-5 hari.
Buah tembikai mempunyai khasiat dan sedap untuk dimakan. Selepas ini, sekiranya anda dipelawa untuk makan tembikai, jangan malu dan segan. Ambil dan nikmati buah yang kaya nutrisi ini sebaik mungkin.
Cuma, ambil dalam kuantiti sederhana. Walau apa pun yang anda makan, jangan berlebih-lebihan.

Comments

  1. Assalamualaikum,
    mari kita sama-sama viralkan berita baik ni! ,nak rawat kanser dengan cara selamat,mudah dn mampu beli.๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser tahap 1-4 yang pulih dari kanser dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau.Kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป Saya sendiri guna ubatan beliau.Mula-mula rasa ragu-ragu jugak tp lps dh sembuh,saya rasa kenapalah dulu saya xjumpa beliau awal-awal lagi.

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh pulih.

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat.

    Nanti dh beli produk die blh join group telegram ,boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.Setia dengan jus herba ini selama lbih 4tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr kanser.
    ~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs,ini kenyataan dan bkn rekaan.Nanti blh hubungi En Zuhairi sendiri serta testimoni2 td tu yer.๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak kepada siapa-siapa yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon,terus hubungi terus Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En.Mohd Zuhairi - 0174687570

    ๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group telegram dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI,SELAMAT TANPA KESAN SAMPINGAN & MUJARAB.

    NOTE : Untuk sembuh kanser bukanlah semudah minum ubat baru beberapa bulan dah mahu nampak hasil.

    Mohd Zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas juga.
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan Buah Durian Belanda

Khasiat Buah Ciku

Kelebihan Buah Pisang