Kelebihan Buah Nanas

Kelebihan Buah Nanas


Buah nenas memiliki rasa yang sangat sedap, kaya dengan nutrien buah-buahan tropika yang menyediakan banyak kebaikan untuk kesihatan. Tambahan pula, khasiat nenas dengan kandungan kalorinya yang rendah menjadikan ia digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai satu bahan untuk merawat pelbagai penyakit bermula dari tidakkhadaman sehinggalah sebagai penawar semula jadi bagi alahan.
Khasiat nenas yang terkandung dalam buah ini adalah disebabkan kandungan vitamin C nya yang tinggi serta vitamin B1, Potasium dan manganese. Selain itu, ia turut mengandungi khasiat lain seperti bahan antioksidan yang membantu mencegah pembentukan penyakit.
Apa yang kebanyak orang tidak sedar mengenai buah yang lazat ini ialah ia bahkan lebih banyak kegunaan kepada manusia berbanding hanya sekadar menjadi minuman jus yang menyegarkan. Buah nenas menganduni phytonutrien yang bertindak seperti ubat untuk mengurangkan simtom-simtom kepada kebanyakan jenis penyakit sebagaimana yang kita lihat hari ini.
Walaubagaimanapun, selain daripada khasiat yang terkandung di dalamnya, buah ini mudah untuk didapati, tidak mahal serta banyak resipi yang boleh diibuat menggunakannya dan ternyata isinya yang lebut yang berjus bergitu sedap.

9 Khasiat Buah Nenas Yang Perlu Anda Tahu

1. Kaya dengan sumber Vitamin C

Buah nenas memenuhi sebanyak 131% daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti vitamin C ini. Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batu, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.
Bertindak sebagai antioksidan, ia memiliki keupayaan untuk mengsintesis kologen yang merupakan protien utama di dalam badan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihata salur daran dan organ-organ dalaman.
Vitamin C yang terkandung dalam buah nenas ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran matahari dalam waktu yang lama atau kulit yang kering.
Anda juga boleh menjadikannya sebagai ramuan untuk disapu pada badan anda. Kandungan vitamin C yang ada dalamnya dapat membantu tubuh badan anda untuk melawan punca-punca penyebab kanser.

2. Kaya dengan serat

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurankan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah. Diabetis jenis 2 mungkin menunjukkan tanda-tanda pemulihan kandungan gula dalam darah, lipid serta insulin.
Mengetahui bahawa sebiji buah nenas yang sederhana besar mengandungi kira-kira 13 gram serat. Maka, pengambilannya merupakan satu langkah yang baik untuk memaksimumkan tahap kesihatan. Disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi, salah satu khasiatnya ialah dapat membantu mencegah sembelit serta akan meningkatkan kesihatan saluran pencernaan.

3. Meingkatkan keseburan

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Hal ini disebabkan oleh radikal-radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan.
Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah nenas akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas ini dan sangat disarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil.
Kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah nenas seperti vitamin C, bera-carotene serta vitamin-vitamin dan mineral seperti kuprum semuanya mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita.
Antioksidan terbukti mampu membantu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dengan baik dalam pembentukkan organ-organ peranakan sekaligus dapat meningkatkan kadar penghasilan sperma.

4. Mencegah penyakit kardiovaskular

Buah nenas meningkatkan kesihatan jantung disebabkan oleh kandungan serat, potasium dan vitamin C. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa salah satu khasiat buah nenas ialah berupaya menjadi pelindung kepada jantung sebagai mana ujian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal
Kajian tersebut telah disimpulkan bahawa jus buah nenas mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu menyihatkan sistem pencernaan dan penyerapan zat.
Pengambilan potassium yang tinggi juga akan membantu mengurangkan risiko angin ahmar, melindungi otot, memelihara kandungan minreal dalam tulang serta menghalang daripada pembentukan batu karang.
Buah-buahan yang kaya dengan potasium juga dapat merendahkan kadar tekanan darah. Buah nenas juga berupaya untuk meningkatkan kesihatan jantung disebabkan kandungan bromelain yang sangat menakjubkan.
Hal ini disebabkan oleh ia mampu menggantikan pengambilan aspirin dalam sehari untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Bromelain talah terbukti mampu untuk menghentikan platlet-platlet darah daripada bergumpal sehingga menyebabkan tersumbatnya saluran darah. Keadaan ini merupakan antara ppunca berlakunya serangan jantung atau angin ahmar.

5. Mencegah asma

Beta-catorine yang terkandung dalam tumbuhan seperti nenas berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit asma. Toksin, nutiran yang tidak baik, pencemaran dan kekurangan antibiotin serta tekanan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan asma.
Semua faktor tersebut boleh menyebabkan keradangan namun buah nenas memiliki keupayaan untuk mengurangkannya disebabkan oleh keupayaan nyahtoksik yang dimilikinya.

6. Memelihara kesihatan mental

Salah satu khasiat buat nenas ialah membantu meningkatkan semangat dan membantu mengurangkan tekanan dan kegemuruhan. Nenas yang merupakan sumber yang baik bagi asid amino trytophan digunakan oleh tubuh badan untuk menghasilkan serotonin yang mencukupi iaitu salah satu “hormon gembira” kita.
Pengambilan asid amino yang cukup di samping nutrien-nutrien yang lain seperti vitamin B adalah penting untuk menyokong sistem saraf anda bagi fungsi penghasilan tenaga serta penghasilan hormon-hormon yang baik.

7. Membantu melawan kanser

Pada tahun 2007, para penyelidik telah menerbitkan satu artikel yang menggemparkan dalam The Plant Medical Journal tentang Bromelain yang terkandung dalam buah nenas lebih berkesan daripada cara yang sebelum ini dalam rawatan kanser.
Dalam ujian yang dilakukan untuk merawat kanser dalam kalangan haiwan, didapati bahawa Bromelain lebih berkesan daripada 5-fluoracil (5-FU) apabila dibandingkan kepada satu kumpulan pemboleh ubah yang tidak dirawat.
Walaupun 5-FU telah digunakan dalam merawat kanser selama hampir 40 tahun namun masalah utamanya ialah ia turut memberi kesan kepada sel-sel yang sihat sebagaimana sel-sel yang dijangkiti.
Bromelain bukan sahaja didapati lebih berkesan namun juga lebih selamat daripada 5-FU. Sebatian semula jadi seperti Bromelain mengandungi cytotoxity terpilih dan ia mampu untuk membubuh sel yang dijangkiti kanser melalui proses apoptosis dan membiarkan sel-sel yang sihat tanpa diganggu.
Bromelain akan menumpukan kepada sel-sel yang dijangkiti kanser sahaja. Tiada penawar selain Bromelain yang dapat melakukan proses ini. Hal ini kerana ejen-ejen kimo-toksik seperti 5-FU tidak bertindak sebagai sebatian organik.

8. Mengurangkan keradangan reduces inflammation

Khasiat buah nenas juga termasuk keupayaannya untuk membantu mereka yang menghidap arthritis dan sakit-sakit sendi kerana Bromelain yang ada mampu mempercepatkan proses pemulihan diikuti dengan proses pembedahan. Ia juga sangat berguna untuk merawat terseluih dan juga mampu mengurangkan kesakitan.
Bromelain bertindak balas kepada keradangan dengan cara menyekat metabolite yang menjadi punca kepada pembengkakkan. Ia juga bertindak untuk mengurangkan bengkak dengan cara mengaktifkan satu bahan kimia dalam darah yang boleh memecahkan fibrin sekali gus boleh mengurangkan pembengkakkan.
Bromelain juga sering kali dianjurjan untuk diambil sebelum proses pembedahan dijalankan untuk mepercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan keradangan yang biasa berlaku selepas proses pembedahan.
Baru-baru ini, satu kajian telah dilakukan terhadap 100 ekor tikus makmal yang menghidap penyakit colitis, satu penyakit radang pada kolon. Keputusan menunjukkan bahawa pengambilan jus nenas baik yang asli dengan kandungan aktif enzim Bromelain adalah selamat dan dengan berkesan dapat mengurangkan keradangan.
Kajian yang lain turut dilakukan terhadap pesakit yang menghidap sinustis iaitu kerandangan di bahagian dalaman hidung. Hal ini disebabkan oleh jangkitan, alahan atau autoimmun. Kajian yang dilakukan ini menunjukkan bahawa Bromelain yang terdapat dalam buah nenas boleh memberikan penyembuhan lebih cepat berbanding rawatan yang biasa.

9. Membantu penghadaman

Bagi proses penghadaman, pengambilan buah nenas akan bertindak sebagai satu bantuan yang berkesan untuk memecahkan protein kepada peptida serta asid amino. Ia mampu menghilangkan tanda-tanda sakit di kolon, refluks asid dan membantu sistem penghadaman secara normal.
Ia juga berkesan untuk membantu mencegah tindak balas autoimun disebabkan oleh jangkitan alahan. Kajian yang telah dilakukan di Jepun menunjukkan bahawa memakan buah nenas dapat membantu mereka yang menghidap alahan kepada protein gulten yang terkandung dalam gandum, barli dan sebagainya disebabkan oleh kandungan enzim Bromelain yang ada dalam buah nenas.

Khasiat Nutrisi Yang Ada Dalam Buah Nenas

1 cawan hidangan yang mengandungi buah nenas ”
1. 82 kalori
2. 1 gram protein
3. 2 gram serat
4. 96 IU Vitamin A (2 peratus DV)
5. 79 IU Vitamin C (131 peratus DV)
6. 30 MCG folate (7 peratus DV)

Comments

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan Buah Durian Belanda

Kelebihan Buah Pisang

Khasiat Buah Ciku